25/11/2023 – Terima kasih kepada Pengerusi MDEC, YB Syed Ibrahim Syed Noh kerana telah menyempurnakan perasmian Anifest Malaysia dan melancarkan platform Sakocomic – Komik Digital Online. Diiringi oleh Presiden Persatuan Animasi Malaysia Animas, En Amir Hamzah dan wakil daripada Port Ipoh, En Yushaimy Othman.
Projek ini telah diusahakan bersama Muhaza, Abu Huzaifah Saharuddin & Nizam Basir. Ia turut mendapat suntikan Dana Kreatif Perak kelolaan Port Ipoh.
Terima kasih atas sokongan semua.
*MDEC = Malaysia Digital Economy Corporation